Tambah anggota penguat kuasa JAS, boleh pantau 60,000 kilang

Tambah anggota penguat kuasa JAS, boleh pantau 60,000 kilang

WAN Abdul Latiff Wan Jaffar ketika melihat pameran di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Alam Sekitar (JAS) memerlukan sekitar 3,000 tambahan penguat kuasa alam sekitar bagi memantapkan usaha agensi itu membanteras aktiviti pencemaran di seluruh negara.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata, ketika ini, JAS mempunyai seramai 1,500 pegawai dan kakitangan dengan 1,000 daripadanya adalah anggota penguat kuasa.

Katanya, penambahan bilangan anggota dapat membantu JAS meneruskan pemantauan terhadap hampir 60,000 kilang dan bengkel yang berpotensi melakukan pencemaran udara dan air di seluruh negara.

“Ketika ini, dengan kekuatan anggota penguat kuasa sedia ada, JAS hanya mampu memantau 20,000 kilang dan bengkel sepanjang tahun,” katanya ketika ditemui pada sesi interaktif JAS bersama pempengaruh dan media berhubung isu kualiti air di sini, hari ini.

Wan Abdul Latiff berkata, sebanyak 29 daripada 672 sungai atau empat peratus sungai di Malaysia adalah tercemar, dengan punca utama pencemaran di 29 sungai tersebut termasuk dari ladang penternakan, industri, loji kumbahan dan penempatan nelayan serta setinggan.

Jelasnya, bidang tugas JAS adalah lebih luas meliputi kawalan pencemaran udara dan air, pengurusan buangan toksik, dan kualiti air sungai dan air marin yang memerlukan bilangan anggota pemantauan dan penguat kuasa lebih ramai.

“Kita telah kemukakan permohonan kepada kementerian (Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim) untuk tambahan perjawatan itu bagi penguatkuasaan yang lebih baik,” katanya.

Katanya, JAS juga adalah agensi penguatkuasaan yang menguatkuasa Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dimana didalamnya meliputi lebih 30 peraturan dan perintah berkaitan kawalan alam sekitar.

“Jika kita relax (bertenang), maka mereka mungkin akan kembali melakukan kesalahan sama. Saya akui tahap kesedaran rakyat mengenai alam sekitar boleh diterima.

“Namun, masih ada rakyat yang membuang sampah merata-rata dan mengotorkan sungai. Kita bukan sahaja mahu rakyat sedar sebaliknya turut bersama-sama membudayakan penjagaan alam sekitar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya