Sidang DUN P. Pinang: Rancangan jangka pendek, panjang atasi isu kekeruhan air loji Sungai Dua - Utusan Malaysia

Sidang DUN P. Pinang: Rancangan jangka pendek, panjang atasi isu kekeruhan air loji Sungai Dua

ZAIRIL Khir Johari pada sidang DUN Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri menerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) telah melaksanakan perancangan jangka masa panjang dan pendek untuk mengatasi masalah kekeruhan air di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua, di Seberang Perai dekat sini.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Zairil Khir Johari berkata, antara usaha yang sedang dilaksanakan adalah melalui

projek di bawah projek penyaluran air mentah dari Pam Mak Sulong ke Terusan Sungai Dua (fasa 2B) dengan kos peruntukan Kerajaan Pusat sebanyak RM72.4 juta dan dijangka siap akhir tahun ini.

Menurut beliau, Empangan Mengkuang hanya berfungsi sebagai empangan strategik untuk keperluan semasa musim kering atau kemarau serta apa-apa kecemasan yang berlaku melibatkan insiden Sungai Muda.

“Sehingga kini, tahap kapasiti pelepasan air menerusi Empangan Mengkuang adalah sebanyak 300 juta liter sehari (JLH).

“Sekiranya projek fasa 2B disiapkan, kapasiti pelepasan air daripada Empangan Mengkuang ke Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua akan ditingkatkan kepada 600JLH,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini hari ini.

Zairil (DAP-Tanjong Bunga) menjawab soalan Phee Syn Tze (DAP-Sungai Puyu) mengenai perancangan kerajaan negeri bagi mengatasi masalah kekeruhan air di LRA Air Sungai Dua disebabkan hujan lebat atau banjir di kawasan sempadan Kedah sehingga menyebabkan bekalan air bersih di seluruh Pulau Pinang terjejas.

Mengulas lanjut, Zairil berkata, LRA Sungai Dua memerlukan kira-kira 1,100 JLH air mentah setiap hari untuk menghasilkan 1,000 JLH air terawat.

“Oleh yang demikian, Empangan Mengkuang masih memerlukan 400JLH lagi untuk melepaskan air secara maksimum sebanyak 1000JLH supaya LRA Sungai Dua dapat beroperasi secara optimum.

”Bagi membolehkan pelepasan air dilaksanakan secara maksimum sebanyak 1000JLH menerusi Empangan Mengkuang, kerajaan negeri telah memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan pelaksanaan projek fasa 2C.

“Ia bagi melengkapkan pakej pembesaran Empangan Mengkuang supaya bekalan air di Pulau Pinang akan terjamin,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya