Lelaki disamun ketika berjoging - Utusan Malaysia

Lelaki disamun ketika berjoging

Samun berjoging
BERLUMURAN darah keadaan mangsa yang cedera akibat disamun ketika sedang beriadah dekat sebuah kawasan perumahan Seksyen 27 di Shah Alam, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang lelaki melalui detik mengerikan apabila disamun dan dicederakan ketika sedang beriadah dekat sebuah kawasan perumahan Seksyen 27, di sini pada awal pagi semalam.

Lelaki berusia 30 tahun itu dikatakan sedang berjoging pada awal pagi sebelum disamun kira-kira pukul 5.50 pagi sehingga menyebabkan kecederaan pada bahagian tangan sementara baju ‘T’ yang dipakainya pula berlumuran darah.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, mangsa ketika itu didatangi seorang lelaki bersenjatakan parang dengan menunggang motosikal kemudian berhenti dan merampas beg mangsa sebelum berlaku pergelutan.

“Mangsa menarik semula beg tersebut menyebabkan suspek kemudian bertindak mencederakan mangsa.

“Dalam kejadian tersebut, mangsa mengalami kecederaan dan mendapatkan rawatan di Hospital Shah Alam. Tiada sebarang kerugian dialami mangsa dan polis menerima laporan dibuat oleh kakak mangsa pada 8.30 malam tadi,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Anis Shafika di talian 011-10951310,” ujarnya.

Terdahulu, insiden tersebut tular dalam media sosial, X dan mendapat lebih 10,000 reaksi daripada penggunanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya