Ketua Wanita UMNO Padang Rengas kemalangan ketika berkempen - Utusan Malaysia

Ketua Wanita UMNO Padang Rengas kemalangan ketika berkempen

KEADAAN kenderaan Proton Exora dinaiki Taslimah yang terlibat dalam kemalangan di Teluk Kalong, Kemaman, pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Ketua Wanita UMNO Bahagian Padang Rengas, Perak, Dr. Taslimah Jalaludin cedera selepas kenderaan Proton Exxora dinaikinya terlibat dalam kemalangan ketika berkempen di Teluk Kalong, di sini, kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi, Taslimah bersama dua jentera wanita serta pemandu lelaki dalam perjalanan menyantuni pengundi di beberapa buah rumah di kawasan itu.

Taslimah berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila pemandunya yang berusia 40an tiba-tiba diserang sawan sebelum tertekan pedal minyak.

“Kereta yang kami naiki tiba-tiba gagal dikawal lalu terlanggar sebuah kenderaan penduduk yang sedang diparkir di tepi jalan sebelum melanggar sebatang pokok.

“Bagaimanapun, syukur kami hanya cedera ringan dan saya hanya cedera di bahagian kaki sebab sewaktu kejadian saya duduk di tempat belakang dan kaki tersepit,” katanya ketika dihubungi petang tadi.

Taslimah berkata, kesemua mereka yang terlibat dalam kemalangan itu dibawa ke Hospital Kemaman untuk menerima rawatan.

Menurut Taslimah, beliau bersama jentera wanitanya tiba di Kemaman pada Ahad lalu bagi membantu kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Kemaman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya