DEWAN RAKYAT: Cukai barang mewah masih di peringkat simulasi - Utusan Malaysia

DEWAN RAKYAT: Cukai barang mewah masih di peringkat simulasi

Jambatan kerajaan
AHMAD MASLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang dalam proses akhir memuktamadkan dasar dan draf perundangan mengenai Cukai Barangan Bernilai Tinggi yang dijangka dilaksana bermula tahun depan.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, mekanisme pelaksanaan Cukai Barangan Bernilai Tinggi kini masih di peringkat simulasi kerana ia merupakan sebuah langkah cukai yang baharu diperkenal.

“Mekanisme pelaksanaan Cukai Barangan Bernilai Tinggi adalah melalui penggubalan perundangan baharu iaitu Rang Undang-undang Cukai Barangan Bernilai Tinggi yang akan dibentang nanti.

“Dasar perundangan perlu dirangka dan digubal dengan teliti supaya cukai dapat dilaksana dengan teratur serta mematuhi amalan dan prinsip percukaian semasa dan tidak memberi kesan negatif,” katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat semalam.

Dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat pada 2 November lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, Cukai Barang Bernilai Tinggi atau Cukai Barang Mewah seperti barang kemas, jam tangan berjenama dan kereta akan dilaksana bermula 1 Mei 2024.

Cukai baharu itu terdahulu diumumkan Anwar semasa pembentangan Belanjawan 2024 pada bulan lalu.

Pada 27 Oktober lalu, media melaporkan, cukai itu dijangka dikenakan ke atas barangan mahal seperti jet peribadi, kapal layar, barangan kemas dan kereta mewah.

Selain itu, cukai tersebut juga dikatakan akan dikenakan ke atas kereta yang dijual melebihi RM200,000, jam tangan melebihi RM20,000 dan barangan kemas berharga melebihi RM10,000. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya