Cabul pelajar kanak-kanak, reman jurulatih taekwondo dilanjut - Utusan Malaysia

Cabul pelajar kanak-kanak, reman jurulatih taekwondo dilanjut

MOHD. IQBAL IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Reman terhadap seorang lelaki dilanjutkan sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan berhubung laporan cabul kanak-kanak perempuan bawah umur dekat sebuah pusat latihan pertahanan diri, di sini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, sebelum ini lelaki tersebut direman sejak 3 November lalu apabila ditahan selepas polis menerima empat laporan terhadap jurulatih berusia 20 tahun itu.

“Setakat ini pihak polis menerima empat laporan polis berkaitan dengan kejadian yang sama dan mangsa berbeza. 

“Siasatan lanjut mendapati kesemua mangsa adalah kanak-kanak perempuan yang berumur diantara tujuh hingga sembilan tahun. Kejadian dikatakan berlaku disekitar bulan September hingga Oktober tahun 2023,” katanya.

Tambahnya, mangsa pertama merupakan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dicabul oleh suspek semasa berada di dalam tandas di pusat latihan tersebut.

“Terdahulu suspek direman selama empat hari bermula 3 hingga 6 November 2023. Suspek merupakan seorang lelaki melayu berumur 20 tahun yang juga merupakan seorang pelajar di sebuah kolej swasta di Lembah Klang. Suspek menjadi tenaga pengajar seni mempertahankan diri selama setahun,” jelasnya.

Katanya Mohd. Iqbal lagi, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Naqiuddin Nawawi ditalian 012-3848103,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya