Tinggal sebuah lagi PPS dibuka di Terengganu - Utusan Malaysia

Tinggal sebuah lagi PPS dibuka di Terengganu

DUA anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) memantau paras air di Sungai Kampung Berangan, Marang, Terengganu, hari ini.  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Hanya tinggal sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Terengganu setakat pukul 8 pagi ini.

PPS tersebut ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol, Kuala Terengganu yang menempatkan 22 mangsa daripada lima keluarga.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, PPS tunggal yang beroperasi di daerah Setiu pula telah ditutup sepenuhnya pada lewat petang semalam.

“Kita berharap hujan lebat tidak akan berlaku sepanjang hari ini dan sekiranya air di kawasan rumah mangsa di sekitar Atas Tol telah surut sepenuhnya, mereka akan dibenarkan pulang,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui portal https://publicinfobanjir.water.gov.my/aras-air pula melaporkan tiada sungai yang melepasi paras bahaya setakat pukul 8 pagi ini.

Bagaimanapun, stesen bacaan Sungai Nerus di Kampung Bukit di daerah Setiu juga masih melepasi paras waspada iaitu 10.66 meter berbanding paras waspada 10.5 meter

“Selain itu, stesen bacaan di parit utama Padang Kemunting, daerah Kuala Nerus juga melepasi paras waspada dengan bacaan 3.22 meter (paras waspada 3.2 meter),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya