Zikir Perdana lambang penyatuan ummah

Zikir Perdana lambang penyatuan ummah

AHMAD Zahid Hamidi menyertai zikir ketika Majlis Zikir Perdana Sedunia di Masjid Putra di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALUF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa program Zikir Perdana Sedunia tetap dijadikan sebagai acara tahunan.

Malahan beliau berkata, penganjuran program sedemikian amat wajar dalam konteks penyatuan ummah tanpa mengira fahaman politik sekali gus mampu menjadi contoh kepada dunia Islam.

“Soal iman ialah soal ibadah dan tiada kaitan dengan parti tertentu dan tentunya tiada mana-mana kumpulan boleh mendabik dada konon lebih Islam daripada lain,” katanya ketika berucap merasmikan acara itu di Masjid Putra, di sini malam ini.

Program tersebut merupakan penganjuran kali keempat bertemakan ‘Islam is The Answer’ dengan pelbagai aktiviti menarik diadakan sejak semalam hingga hari ini termasuk lantunan qasidah dan simposium.

Ahmad Zahid juga menyertai sesi Ratib Al-Attas dan Asmaul Husna yang dibimbing khas oleh Habib Abu Bakar Alwi Al-Haddad selama 30 minit sebelum mengerjakan solat Isyak.

Program bermatlamat membentuk citra peradaban mengingati Allah dan Rasulullah SAW itu kemudian diteruskan dengan Zikir Munajat dipimpin Sheikh Alley Abdul Qadir At-Tohiri.

Ahmad Zahid turut memberikan contoh peristiwa serangan rejim Zionis ke atas wilayah Gaza minggu lalu apabila ada negara Islam yang tanpa rasa bersalah menyokong Israel secara terbuka.

Sebaliknya Malaysia pula ujarnya, kekal konsisten dalam memperjuangkan kemerdekaan Palestin termasuk komitmen kerajaan menyalurkan dana RM100 juta kepada negara itu.

Peruntukan berkenaan kata beliau merupakan yang paling tinggi dalam sejarah dan turut membuktikan iltizam Malaysia mempertahankan kesucian Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya