Universiti tidak boleh tolak kemasukan pelajar miskin - PM

Universiti tidak boleh tolak kemasukan pelajar miskin – PM

ANWAR Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, semua universiti tidak lagi boleh menolak kemasukan mana-mana pelajar miskin hanya kerana mereka tidak mampu membayar yuran pendaftaran pengajian universiti.

Perdana Menteri berkata, arahan berkenaan adalah pertama kali dalam sejarah negara untuk memberi ruang kepada semua pelajar tidak mengira mereka dari keluarga kaya atau miskin atau mengikut kaum sekali pun dihalang daripada melapor diri di mana-mana universiti.

Beliau berkata, perkara itu diumumkan menerusi Belanjawan 2024 berhubung yuran bagi tujuan pendaftaran masuk ke universiti awam (UA) dihadkan untuk tidak melebihi RM1,500 bermula Januari 2024.

“Yuran universiti, kita beri PTPTN (Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) RM1,500, tetapi ada yuran universiti lain RM1,800, ada keluarga dari Ampang dan dua dari Tambun tak mahu terima pelawaaan ke universiti kerana tak mampu

“Jadi saya bagi arahan tidak ada universiti yang boleh menolak mana-mana pelajar miskin, mesti daftar bagi nama dia dan kementerian atau jabatan harus selesaikan. Sementara dasar itu baik kita kena dapat maklumat,” katanya ketika berucap dalam Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan bersama Perdana Menteri, di sini hari ini.

Dalam pembentangan Belanjawan 2024 Jumaat lalu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, penyelarasan yuran universiti itu supaya selari dengan nilai pemberian Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) oleh PTPTN berjumlah RM1,500 kepada semua bakal pelajar baharu yang layak.

Beliau berkata, langkah itu kerana beliau sama sekali tidak akan mengizinkan, mahasiswa khususnya daripada keluarga susah yang mendapat tempat di universiti awam dihalang atau dinafikan haknya daripada mendaftar hanya kerana tidak mampu melunaskan bayaran yuran kemasukan pengajian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya