Perhimpunan solidariti bersama Palestin ditukar ke Sabtu - Utusan Malaysia

Perhimpunan solidariti bersama Palestin ditukar ke Sabtu

Perhimpunan Palestin
PERWAKILAN menyatakan bantahan kepada Israel dan solidariti bersama rakyat Palestin pada Muktamar Tahunan Pas Ke-69 di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penganjuran perhimpunan solidariti bersama Palestin kali kedua diubah pada hari Sabtu ini di hadapan Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS).

Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamuddin berkata, perubahan itu mengambil kira hari cuti bagi membolehkan lebih ramai hadir menyatakan bantahan mereka terhadap kekejaman rejim Zionis.

“Perubahan dibuat selepas mendapat nasihat daripada Ahli Jawatankuasa Pimpinan Pas Pusat supaya lebih ramai dapat hadir nanti,” katanya pada ucapan penggulungan Muktamar Tahunan Pas Ke-69, hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan perhimpunan bagi membantah kekejaman Israel terhadap penduduk Gaza anjuran Pemuda Pas dijadualkan berlangsung pada Jumaat minggu hadapan dengan jangkaan kehadiran lebih 5,000 peserta.

Malam tadi, wilayah Gaza dilaporkan belum selamat dan penduduk masih berdepan ancaman pengeboman oleh rejim Zionis selepas hampir seminggu serangan dilakukan ke atas Palestin.

Malah, sehingga kini lebih 4,000 penduduk terkorban dilaporkan sementara lebih 12,000 masih belum ditemui apabila sebahagiannya diyakini terperangkap dibawah runtuhan bangunan.

Menurut wakil Jihad Islami dari Palestin, Sheikh Khaled Ghawannah berkata, pengeboman yang dilakukan oleh Israel baru-baru ini memusnahkan masjid-masjid, bangunan hospital dan pelbagai tempat yang dapat dilihat di Gaza pada hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya