Perhimpunan kedua bantah Israel Jumaat depan - Utusan Malaysia

Perhimpunan kedua bantah Israel Jumaat depan

Israel
AFNAN Hamimi Taib Azamuddin berucap dalam ucapan sulungnya pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Ke-64 sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-69 di Shah Alam, Selangor, malam tadi. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Perhimpunan bagi membantah kekejaman Israel terhadap penduduk Gaza anjuran Pemuda Pas dijadualkan berlangsung pada Jumaat minggu hadapan dengan jangkaan kehadiran lebih 5,000 peserta.

Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamuddin berkata, perincian berkenaan lokasi dan masa akan dimaklumkan kemudian, namun matlamatnya adalah berhimpun di hadapan Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS).

“Kita dapati Israel dan konco-konconya itu tidak memahami mesej yang kita hantar, jadi hendak hantar mesej lebih jelas dengan berhimpun di hadapan Kedutaan Besar Amerika Syarikat pada Jumaat depan selepas solat,”

“Jadi saya menyeru semua umat Islam dan semua pihak walaupun bukan Islam tetapi membantah kezaliman Israel ini untuk sama-sama bersolidariti berkenaan,” katanya pada sidang akhbar selepas Muktamar Dewan Pemuda Pas Ke-64, malam tadi.

Ahli Parlimen Alor Setar itu menjelaskan, tempoh seminggu itu memadai sebagai persediaan untuk orang ramai merancang perjalanan ke Kuala Lumpur bagi menyertai perhimpunan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya