Pengurus atau artis bermasalah? - Utusan Malaysia

Pengurus atau artis bermasalah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Banyak kali juga Poklip mendengar luahan rakan media yang kononnya di-scam pengurusan seorang penyanyi wanita ini. Kalau hendak kata baru, mungkin baru merasa percikan populariti itu.

Tetapi usia penyanyi itu dalam industri sebenarnya sudah agak lama, nak panggil budak baru belajar sangat pun tidak boleh. Cuma kenapa banyak cerita kurang manis yang disampaikan kepada Poklip ya?

Ada yang mendakwa, penyanyi yang baru melancarkan single baharunya itu sangat susah dihubungi. Kalau berhubung dengan pengurusnya, ada perangai lain pula. Susah sangat menjawab.

Rakan Poklip seorang ini mengadu, dia ada menghubungi pengurus penyanyi tersebut untuk seso fotografi tetapi tunggu punya tunggu, tidak berjawab. Kalau hantar pesanan Isnin, belum tentu Rabu dia balas.

Perlu diingatkan berkali-kali, sampai kita sendiri naik segan. Macam kita yang terhegeh-hegeh sangat. Kita cuma mahu beri publisiti, yelah lagu baharu. Jadi alang-alang mahu bertanya khabar kan.

Tetapi kenapa susah sangat ya untuk hubungi awak? Banyak sangat ke tawaran persembahan sehingga tak menang tangan melayan? Baik pengurus dan penyanyi itu sendiri, sama-sama naik tocang.

Poklip tidak terkejut pun bila ada rakan media yang cop penyanyi itu, kera baru dapat bunga. Yalah, orang tengah kemaruk dengan dunia glamor. Sebelum ini sendu, sekarang sudah ada kelab peminat tau.

Cuma apa kata amalkan sikap toleransi dan mudahkan kerja semua orang? Kalau tak mahu, katakan sahaja tidak. Jangan peram lama-lama pesanan yang dihantar, mahu buat jadi pekasam ke?

Tak seronok bila ada artis ‘baharu’ yang buat perangai begini. Masa temu bual bukan main berjanji sakan, tup tup buat perangai. Jadi sekarang, pengurusnya bermasalah atau artis itu sendiri?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya