Natasha Wilona enggan bersuamikan lelaki pemalas

Natasha Wilona enggan bersuamikan lelaki pemalas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELAKON cantik, Natasha Wilona, 25, memaklumkan enggan bersuamikan lelaki yang malas bekerja dan tidak memiliki hala tuju hidup. 

Katanya, selain berhati baik, calon suaminya perlu dalam kalangan yang rajin bekerja dan bertanggungjawab menyara keluarga.

“Calon itu harus baik dan bersifat jantan. Dia juga kena rajin bekerja dan bertanggungjawab.

“Yang paling penting prinsip hidupnya kena kuat. Selebihnya terpulang sebab kita tak boleh baca karakter orang macam mana,” katanya.

Natasha sebelum ini terkenal selepas membintangi sinetron Yang Masih di Bawah Umur pada tahun 2012.

Dalam masa yang sama, Natsha juga memaklumkan kerjaya seorang lelaki bukan kriteria yang ditetapkan untuk menjadi calon suaminya.

“Tiada penanda aras yang saya letakkan. Maksudnya, pekerjaan apa tidak penting. Yang utama adalah dia mahu bekerja,” katanya lagi.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN