Keputusan SPM ulangan 2023 dikeluar 12 Oktober ini

Keputusan SPM ulangan 2023 dikeluar 12 Oktober ini

CALON SPMU 2023 boleh menyemak keputusan masing-masing pada 12 Oktober 2023. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 8,586 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2023 yang menduduki di204 pusat peperiksaan seluruh negara bakal mengetahui keputusan masing-masing pada 12 Oktober depan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan memaklumkan, calon boleh membuat semakan keputusan secara dalam talian di pautan myresultspmu.moe.gov.my mulai pukul 10.00 pagi pada Khamis depan sehingga pukul 6.00 petang, 18 Oktober 2023.

“(Calon juga boleh menyemak) secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan.

“Ia dengan cara menaip SPMU<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888 yang akan diaktifkan pada tarikh dan waktu sama,” katanya.

KPM pada masa sama mengucapkan tahniah kepada semua calon atas keputusan peperiksaan SPMU Tahun 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya