PETALING JAYA: Rakyat Malaysia yang terkandas di Semenanjung Gaza, Nurul Ain Haron melahirkan kekesalannya terhadap sikap tidak sensitif segelintir individu yang menghubunginya semata-mata mahu mendengar bedilan bom rejim Zionis ke atas penduduk Palestin. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Nurul Ain, 37, kecewa dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang langsung tidak sensitif terhadap nasib penduduk Gaza yang hampir setiap minit ‘dihujani’ bedilan bom sekali gus meletakkan nyawa mereka ‘bagai di hujung tanduk’…










