PARLIMEN: Hampir 5,000 hektar tanah Sabah, Sarawak dibangunkan untuk padi  - Utusan Malaysia

PARLIMEN: Hampir 5,000 hektar tanah Sabah, Sarawak dibangunkan untuk padi 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seluas 4,839 hektar tanah sedang dibangunkan untuk projek penanam padi di Sabah dan Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia adalah perkembangan terkini dalam usaha membangunkan projek penanaman padi di kedua-dua wilayah tersebut.

“Sabah dan Sarawak amat memerlukan modaliti, maka saya ingin mengesahkan 50,000 hektar kawasan di Sabah dan Sarawak adalah perancangan jangka panjang.

“Setakat ini, seluas 4,839 hektar telah disahkan dibangunkan dengan jumlah itu membabitkan 2,158 hektar di Beluran dan Kota Belud, Sabah manakala 2,680 hektar di Batang Lupar, Sarawak,” katanya dalam sesi pertanyaan bersama menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mengenai lokasi dan peruntukan yang terlibat bagi projek penanaman padi di kawasan seluas 50,000 hektar di Sabah dan Sarawak.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, Felcra Berhad telah dipertanggungjawab untuk membangunkan estet padi berskala besar di Sabah dan Sarawak dalam usaha untuk menjamin keselamatan makanan Negara dan meningkatkan Tahap Sara Diri (SSL) beras Negara.

Ketika ini, katanya, Felcra telah memajukan seluas lebih daripada 4,500 hektar tanaman padi di Seberang Perak yang menghasilkan purata produktiviti sebanyak lima tan metrik sehektar semusim atau 22,500 tan metrik semusim.

Ini menjadikan pengeluaran tahunan padi di Seberang Perak adalah 45,000 metrik tan setahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya