Goldman Sachs cuba elak bayar AS$250 juta

Goldman Sachs cuba elak bayar AS$250 juta, Malaysia bertindak balas

Imdb
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia mempertikai tindakan Goldman Sachs yang memfailkan saman terhadap negara ini berhubung penyelesaian 1Malaysia Deve­lopment Berhad (1MDB) de­ngan menyi­fat­­kan percubaan untuk me­­ngalihkan perhatian daripada kewajipan mematuhi ke­perluan pembayaran inte­rim sebanyak AS$250 juta di ba­wah perjanjian penyele­saian.

Malah langkah terbaharu berkenaan adalah satu tindakan pramatang dan dilakukan tanpa pertimbangan sewajarnya terhadap prasyarat yang diperlukan.

Justeru Malaysia menolak semua dakwaan terkandung dalam tuntutan timbang tara yang dikemukakan Goldman Sachs berhubung isu penyelesaian dalam skandal dana 1MDB kerana menyalahi tatacara kerajaan negara ini.

Pengerusi Pasukan Petugas 1MDB, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menegaskan, kerajaan Malaysia akan mela­kukan tindak balas terhadap perkara berkenaan de­ngan sewajarnya.

Katanya, cubaan Goldman Sachs itu bertujuan mengalihkan perhatian daripada melakukan pembayaran interim berjumlah AS$250 juta di samping menyifatkannya sebagai tindakan pramatang dan tanpa pertimbangan sewajarnya dengan prasyarat diperlukan

“Jawatankuasa Pasukan Petugas 1MDB agak terkejut dengan tindakan Goldman Sachs kerana pihak-pihak masih dalam peringkat perbincangan untuk menyelesaikan sebarang pertikaian secara baik.

“Walau bagaimanapun berdasarkan perkembangan baharu itu, kerajaan Malaysia akan bersedia bertindak balas terhadap perkara ini dan memastikan proses itu dilakukan dengan teliti dan mengikut rangka kerja undang-undang yang ditetapkan sambil memastikan kepentingan rakyat Malaysia terpelihara,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

JOHARI ABDUL GHANI

Terdahulu, Goldman Sachs dilaporkan memfailkan saman terhadap Malaysia di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London (LCIA) kelmarin ketika ketegangan semakin memuncak berhubung isu penyelesaian berkait peranannya dalam skandal dana 1MDB.

Dalam masa sama, Johari menjelaskan perincian yang telah berlaku mengenai perjanjian penyelesaian Goldman Sachs bagi memastikan orang ramai dimaklumkan sepenuhnya berhubung situasi semasa membabitkan perjanjian penyelesaian semua pihak.

Katanya, Perjanjian Penyelesaian Goldman Sachs ditandatangani pada 18 Ogos 2020 dan mempunyai dua bahagian iaitu pembayaran tunai sebanyak AS$2.5 bilion yang perlu dibayar dalam tempoh 10 hari selepas menandatangani perjanjian penyelesaian dan Jaminan Pemulihan Aset sebanyak AS$1.4 bilion oleh Goldman Sachs dalam tempoh lima tahun dari tarikh perjanjian penyelesaian.

“Di bawah Jaminan Pemulihan Aset sebanyak AS$1.4 bilion oleh Goldman Sachs, sekiranya kerajaan tidak menerima semula AS$500 juta pada 18 Ogos 2022 (dua tahun dari tarikh perjanjian penyelesaian), Goldman Sachs dikehendaki membayar AS$250 juta sebagai bayaran interim kepada kerajaan Malaysia.

“Pada 18 Ogos 2022, kerajaan Malaysia tidak memperoleh semula AS$500 juta, oleh itu kerajaan berhak menerima bayaran interim sebanyak AS$250 juta. Perkara itu bagaimanapun dipertikaikan Goldman Sachs,” katanya.

Beliau berkata, perjanjian penyelesaian berkenaan membenarkan kedua-dua pihak untuk terbabit dalam perbincangan bagi tempoh tiga bulan sekiranya timbul pertikaian berkaitan dengan perjanjian penyelesaian.

“Lanjutan masa yang berasingan telah diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada Goldman Sachs apabila tarikh akhir ditetapkan awal 18 Ogos 2022 telah tamat tempoh dalam usaha menyelesaikan pertikaian itu secara baik,” katanta

Johari berkata, empat lanjutan tempoh yang diberikan iaitu Goldman Sachs meminta lanjutan masa selama tiga bulan pada 8 September 2022 dan lanjutan tempoh ini tamat tempoh pada 8 Disember 2022 (lanjutan masa pertama).

“Pada 8 Disember 2022, lanjutan masa telah diberikan dan ia tamat tempoh pada 8 Februari 2023 (lanjutan kedua). Pada 8 Februari 2023, lanjutan masa telah diberikan sekali lagi, dan ia tamat tempoh pada 8 Mei 2023 (lanjutan ketiga) dan lanjutan masa terakhir diberikan pada 8 Ogos 2023 dan tamat tempoh ditetapkan pada 8 November 2023 (lanjutan keempat),” katanya.

Johari berkata, jika penyelesaian tidak dicapai antara pihak terlibat pada tarikh akhir iaitu 9 November 2023, kerajaan boleh memulakan prosiding timbang tara berhubung pembayaran interim sebanyak AS$250 juta.

“Ketika ini dan seperti yang dinyatakan di atas, pihak yang terlibat masih dianggap berada dalam peringkat perbincangan untuk menyelesaikan sebarang pertikaian secara baik dan sebagai pihak yang terkilan, Pasukan Petugas 1MDB melihat permulaan prosiding timbang tara Goldman Sachs sebagai tindakan pramatang dan tanpa pertimbangan sewajarnya dengan prasyarat yang diperlukan,” katanya.

Dalam pada itu, Jabatan Peguam Negara menolak semua dakwaan terkandung dalam tuntutan timbang tara yang dikemukakan Goldman Sachs berhubung isu penyelesaian kerana menyalahi tatacara kerajaan ini.

Jabatan itu dalam kenyataan menjelaskan, pihaknya mewakili kerajaan Malaysia akan menyediakan maklum balas berhubung tuntutan itu di dalam ruang lingkup undang-undang di samping menegaskan bahawa kepentingan rakyat Malaysia adalah yang paling utama.

“Kerajaan Malaysia menerima permintaan timbang tara pada 11 Oktober 2023 daripada Goldman Sachs Group, Inc. Ini ekoran pertikaian timbul daripada dakwaan Goldman Sachs tentang pelanggaran oleh kerajaan Malaysia, berpunca daripada perjanjian penyelesaian dimeterai antara Goldman Sachs, kerajaan Malaysia dan 1MDB pada 18 Ogos 2020,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×