72.8 % kawasan terjejas bekalan air sudah dipulihkan Air Selangor

72.8 % kawasan terjejas bekalan air di Lembah Klang sudah dipulihkan Air Selangor

air selangor
Selangor tidak akan menghadapi kesan buruk daripada El-Nino kerana kolam tadahannya mampu membekalkan air sehingga sembilan bulan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Air Selangor memaklumkan pemulihan kawasan yang terjejas akibat gangguan bekalan air sudah mencapai 72.8 peratus.

Gangguan itu berlaku akibat henti tugas sementara loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2), Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) dan Rantau Panjang berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Selangor.

Sehingga pukul 9 pagi, status pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas telah mencapai 72.8 peratus.

Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 12:00 tengah malam, 12 Oktober 2023 (Khamis).

Senarai kawasan-kawasan yang belum pulih adalah seperti berikut. Air Selangor ingin menyarankan para pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian.

Air Selangor berharap agar para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar.

Para pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini daripada semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari airselangor.com.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya