Pulau Pinang tiada permintaan khusus untuk Bajet 2024 - Utusan Malaysia

Pulau Pinang tiada permintaan khusus untuk Bajet 2024

CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak mempunyai sebarang permintaan khusus untuk dikemukakan kepada Kerajaan Pusat menjelang Bajet 2024 yang akan dibentangkan 13 Oktober ini.

Bagaimanapun, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, Pulau Pinang mengharapkan semua senarai projek untuk negeri ini di dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) dapat dilaksanakan dalam Bajet 2024.

“Di dalam RMK-12, semua projek sudah disenaraikan (untuk Pulau Pinang), kita berharap semua projek tersebut boleh dilaksanakan.

“Kita tidak ada permintaan atau keperluan khusus,” katanya selepas menghadiri majlis perasmian pejabat The GlobalFoundries Malaysia di sini, hari ini.

Sebelum ini, Pulau Pinang berjaya mendapat kelulusan 75 projek baharu di bawah RMK-12 membabitkan peruntukan berjumlah RM54.14 juta.

Kelulusan 75 projek itu adalah sebahagian daripada 126 projek yang dimohon oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah peruntukan Rolling Plan Ketiga RMK-12 sebelum ini.

Selain itu, Kerajaan Pusat juga menyediakan skim dalam jumlah dana yang besar dan mencukupi kepada Pulau Pinang untuk melaksanakan segera projek Transit Aliran Ringan (LRT). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya