Peserta Himpunan Selamatkan Malaysia dinasihat tidak layan provokasi - Utusan Malaysia

Peserta Himpunan Selamatkan Malaysia dinasihat tidak layan provokasi

AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menasihatkan peserta Himpunan Selamatkan Malaysia di Kuala Lumpur pada 16 September ini tidak melayan sebarang provokasi bagi mengelak sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

Beliau berkata, berdasarkan himpunan-himpunan yang pernah dilakukan sebelum ini, ia akan berlangsung dengan aman dan lancar sekiranya tiada provokasi tercetus sepanjang himpunan berlangsung.

Menurutnya, himpunan seumpama itu bukanlah perkara baharu di Malaysia kerana ia adalah hak sebagai seorang warganegara untuk berhimpun selagi mana dibenarkan dalam demokrasi.

“Kita berharap sekiranya ada permohonan daripada penganjur untuk membuat himpunan itu, pihak berkuasa haruslah menggunakan peruntukan yang ada untuk memberi kebenaran kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis perasmian Simposium Pelaksanaan Syariah Dalam Itqan Al-Muluk Bita’dil As-Suluk Negeri Terengganu, di sini, hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin.

‘Himpunan Aman Selamatkan Malaysia’ yang dijadualkan Sabtu ini, akan bermula dari Masjid Jamek Kampung Baru, di Kuala Lumpur.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat yang diadakan oleh Sekretariat Gerakan Selamatkan Malaysia, malam tadi.

Bagaimanapun, Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu memberitahu, beliau  tidak dapat menghadiri perhimpunan tersebut kerana mempunyai urusan rasmi di Terengganu pada hari tersebut.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Allaudeen Abdul Majid dilaporkan berkata, pihaknya belum menerima sebarang permohonan berhubung penganjuran perhimpunan tersebut.

Katanya, mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012, permohonan permit perlu dibuat sekurang-kurangnya lima hari sebelum tarikh perhimpunan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya