Muhyiddin selesai diambil keterangan, polis lengkapkan siasatan

Muhyiddin selesai diambil keterangan, polis lengkapkan siasatan

MUHYIDDIN YASSIN 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai memberi keterangan kepada  polis pada pukul 10.25 pagi ini di pejabat Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)  di Jalan Sentral di sini.

Keterangan berkenaan adalah bagi membantu siasatan berhubung ucapan beliau ketika berkempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada 2 September lalu. 

 Muhyiddin ketika ditanya berhubung proses keterangan hari ini hanya mengangkat tanda bagus dan menggangguk sebelum beredar.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razaruddin Husain berkata, proses merakam keterangan berhubung dakwaan kenyataan Muhyiddin bahawa ‘haram’ mengundi calon Pakatan Harapan (PH) Suhaizan Kaiat selesai sepenuhnya. 

“Polis akan lengkapkan siasatan untuk dihantar ke Jabatan Peguam Negara. 

“Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan ketakutan dan kegentaran awam serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Terdahulu, Muhyiddin dilihat masuk ke bangunan terbabit pasa pada 9.28 pagi menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Vellfire.

Kelmarin, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dilaporkan berkata, pihaknya akan memanggil Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu pada Selasa ini untuk diambil keterangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN