Lebih 20 petugas media berkumpul depan Pejabat Pas Pusat

Lebih 20 petugas media berkumpul depan Pejabat Pas Pusat

WARTAWAN berkumpulan di depan pintu Pejabat Pas Pusat di Jalan Raja Laut, pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hampir 20 petugas media berkumpul di depan pintu Pejabat Pas Pusat, Jalan Raja Laut di sini susulan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang dijangka diambil keterangan oleh pihak polis, pagi ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati petugas media telah berkumpul sejak pukul 8 pagi ini.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, Abdul Hadi akan diambil keterangan pada pukul 9.30 pagi berhubung kenyataannya yang dipercayai mempertikai kuasa Lembaga Pengampunan dalam ceramahnya di markas parti itu di Bakri, Muar minggu lalu.

Beliau dilaporkan berkata, pemimpin itu akan diambil oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Bukit Aman di Pejabat Pas Pusat, di sini.

Kelmarin, Abdul Hadi yang sepatutnya diambil semalam ditangguhkan kerana masalah kesihatan.

Pada 28 Ogos lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd. Zain berkata, siasatan dibuka terhadap Abdul Hadi di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Bachok yang juga Penolong Setiausaha Agung Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman dalam satu kenyataan di media sosial X (dulu dikenali sebagai Twitter) mengesahkan Abdul Hadi dipanggil Bukit Aman berhubung laporan polis membabitkan ucapan beliau dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) di Simpang Jeram, Muar.

Abdul Hadi dalam ceramah Perdana Perikatan Nasional (PN) Johor di Bakri pada dua hari lalu dipercayai menyentuh bidang kuasa Lembaga Pengampunan dan mendakwa cara negara ini memberikan pengampunan kepada seseorang pesalah tidak sesuai ajaran Islam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya