Kerajaan benar guna pelekat beras putih import ikut harga baharu

Kerajaan benar guna pelekat beras putih import ikut harga baharu

TULAR di media sosial berhubung pelekat pada BPI yang memaparkan harga lebih tinggi berbanding yang dicetak pada kampit asal beras itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan membenarkan penggunaan pelekat bagi perubahan harga baharu pada kampit beras putih import (BPI) yang dipamerkan untuk jualan.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memaklumkan, bagaimanapun, kebenaran sementara ini hanya diberikan sehingga 30 November depan.

Jelasnya, selepas tamat tempoh tersebut, pemborong hendaklah mengampitkan BPI di dalam kampit beras baharu yang mencatatkan perubahan harga terkini untuk dipasarkan ke peringkat peruncit.

“Keputusan ini dicapai dalam sesi libat urus KPKM bersama pemain industri beras pada 13 September lalu ekoran pelarasan harga BPI oleh Padiberas Nasional Berhad (Bernas) pada 1 September lepas.

“Perkara ini diputuskan secara bersama dengan mengambil kira tempoh masa dan kos yang diperlukan oleh pihak pemborong beras untuk menggantikan kampit beras lama kepada kampit beras baharu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 1 September lalu, Bernas menyelaraskan harga jualan BPI seluruh negara daripada RM2,350 satu tan kepada RM3,200 satu tan sejajar dengan harga terkini beras putih import di pasaran antarabangsa.

Terdahulu tular di media sosial berhubung pelekat pada BPI yang memaparkan harga lebih tinggi berbanding yang dicetak pada kampit asal beras itu.

KPKM memberitahu, keputusan kebenaran penggunaan pelekat sementara itu sudah dimaklumkan kepada semua pemegang Lesen Borong Beras dan Lesen Runcit Beras.

Ini termasuk pihak pasar raya (hypermart) melalui surat edaran oleh Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras bertarikh 13 September lalu dan turut disalinkan kepada Bahagian Penguat Kuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“KPKM juga mengingatkan semua pemegang Lesen Borong Beras dan Lesen Runcit Beras untuk mematuhi Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) dan peraturan peraturan yang dibuat di bawahnya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya