Insya-Allah saya jawab persoalan dibangkitkan petang ini -Anwar

Insya-Allah, saya jawab persoalan dibangkitkan petang ini -Anwar

anwar
ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjawab persoalan dibangkitkan ahli Parlimen dalam sesi menggulung perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat sekitar pukul 4.30 petang, hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri menerusi satu hantaran Facebook beliau sebentar tadi.

“Terima kasih kepada semua Ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam perbahasan sejak minggu lalu dan Insya-Allah, saya akan menjawab persoalan yang dibangkitkan petang ini,” katanya.

Semalam,  Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Perdana Menteri akan menjawab persoalan termasuk mengenai keputusan mahkamah yang melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum ini, Anwar dilaporkan tidak menolak kemungkinan untuk memberi penjelasan berhubung keputusan DNAA Ahmad Zahid itu.

Minggu lalu, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menggesa Anwar menjelaskan perkara berkaitan kes DNAA Ahmad Zahid menerusi Sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT), pada mesyuarat Dewan Rakyat akan datang. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya