Dipanggil PAC beri keterangan, saya akan hadir - Ka Siong

Dipanggil PAC beri keterangan, saya akan hadir – Ka Siong

WEE KA SIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong memberi jaminan akan hadir memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung isu pengurusan pandemik Covid-19, pada 21 September ini.

Presiden MCA itu berkata, beliau tiada masalah tampil memberikan penjelasan berhubung isu tersebut selepas namanya ‘dipetik’ dalam prosiding PAC sebelum ini.

“Tiada masalah PAC! Saya pasti hadir untuk memberi keterangan pada 21 September 2023. Tanyalah kepada saya apa yang nak ditanya. Saya akan memberi pencerahan,” katanya menerusi laman sosial Facebook miliknya hari ini.

Prosiding itu berhubung vaksin luput tempoh hayat, peralatan ventilator tidak dapat digunakan dan lebihan peralatan perlindungan diri (PPE) yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 Siri 2.

Awal hari ini, media melaporkan, Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, keputusan mendapatkan keterangan daripada Ahli Parlimen Ayer Hitam yang juga Presiden MCA itu kerana namanya disebut dalam prosiding PAC sebelum ini. 

“Untuk berlaku adil kepada beliau, saya tidak akan mendedahkan atas sebab apa, memandangkan prosiding PAC tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 85 Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat. 

“Surat panggilan mesyuarat kepada saksi-saksi ini akan dikeluarkan hari ini dan saya mohon supaya saksi-saksi berkenaan hadir bagi membantu PAC melengkapkan siasatan,” katanya.

Terdahulu, PAC mengadakan prosiding ketiga dengan memanggil Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr Norazman Ayob; Pengerusi Pharmaniaga, Izaddeen Daud, dan Pengerusi, Exco Pharmaniaga, Ahmad Shahredzuan Mohd Shariff bagi memberi keterangan. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya