Di manakah Malaysia menjelang ulang tahun ke-100 negara?

Di manakah Malaysia menjelang ulang tahun ke-100 negara? Soal Kit Siang

LIM KIT SIANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Di manakah Malaysia menjelang ulang tahun ke-100 negara pada tahun 2057 iaitu dalam 34 tahun lagi?.

Demikian persoalan dibangkitkan oleh Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang selepas berasakan negara sudahpun mencapai sasaran Wawasan 2020 iaitu menjadi salah sebuah negara maju di dunia.

Menurut beliau, negara bagaimanapun gagal untuk memenuhi semua sembilan cabaran strategik Wawasan 2020.

“Selepas gagal untuk mencapai status negara maju dan memenuhi semua sembilan cabaran strategik Wawasan 2020, adakah Malaysia akan mampu untuk mencapai sasaran-sasaran ini menjelang ulang tahun ke-100 negara pada tahun 2057 dalam 34 tahun dari sekarang?

“Buat masa ini, dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), Malaysia diletakkan oleh Bank Dunia di tempat ke-36 manakala dari segi KDNK per kapita, Malaysia berada di tempat ke-56 dalam kalangan negara-negara dunia,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Wawasan 2020 diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 1991 iaitu semasa era pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di mana, Malaysia disasarkan menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Sementara itu, Kit Siang yang juga bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, buat pertama kali dalam rancangan lima tahun Malaysia, terdapat komitmen dalam Laporan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 untuk negara ditempatkan dalam kalangan 25 negara terbaik dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI).

“CPI dalam tempoh 10 tahun dan supaya dalam tahun 2025, Malaysia berada dalam kalangan 30 negara terbaik dunia.

“Itulah masanya untuk rakyat menilai agenda reformasi Kerajaan Perpaduan (di bawah pimpinan) Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN