RASMI: Exco Selangor PH kekal Tanjong Sepat

RASMI: Exco Selangor PH kekal Tanjong Sepat

BORHAN Aman Shah (kiri) ketika diumumkan memenangi kerusi Tanjong Sepat di Dewan Komuniti Pantai Sepang Putra, Sepang malam ini. - UTUSAN/AMREE AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Calon Pakatan Harapan, Borhan Aman Shah terus mempertahankan kerusi Tanjong Sepat yang dimenanginya pada penggal lalu dengan meraih majoriti 2,524 undi.

Exco kerajaan Selangor itu memperoleh sebanyak 13,860 undi, mengatasi lawannya, Sabirin Marsono yang mewakili Perikatan Nasional (PN) apabila memperoleh 11,336 undi.

Kerusi N54 itu mempunyai sejumlah 32,312 pemilih yang meliputi sebanyak 60 saluran dan penyandang tersebut tiada masalah menewaskan Yang Dipertua Pas Sepang itu.

Keputusan rasmi mengenai kerusi ini diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Tanjong Sepat, Khairi Azali Ibrahim di Dewan Komuniti Pantai Sepang Putra malam ini.

Peratusan pengundian kerusi berkenaan ialah 78.62 peratus dengan sebanyak 189 kertas undi ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya manakala 18 kertas undi lagi tidak dikembalikan.

Ketika Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 lalu, Borhan pertama kali memenangi kerusi itu apabila meraih 9,828 undi dengan memperoleh majoriti selesa sebanyak 2,704 undi

Beliau mengatasi calon Barisan Nasional (BN), Karim Mansor yang cuma mendapat 7,124 undi manakala calon Pas, Mohd. Haslin Hassan pula dengan sejumlah 4,273 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya