Lima jam pusat pengundian dibuka, peratusan Selangor masih rendah - Utusan Malaysia

Lima jam pusat pengundian dibuka, peratusan Selangor masih rendah

Pusat pengundian
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Peratusan keluar mengundi di negeri ini masih rendah apabila laporan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan 44 peratus pengundi menunaikan tanggungjawab itu di negeri ini.

Peratusan tersebut bersamaan dengan kira-kira 1,648,705 orang daripada 3,747,057 pengundi berdaftar di Selangor keluar mengundi di keseluruhan 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.

Menurut laporan SPR, sehingga pukul 1 tengah hari tadi atau lima jam selepas pusat pengundian dibuka pada pukul 8 pagi, hanya Terengganu mencatatkan separuh pengundinya keluar mengundi iaitu 50 peratus.

Kemudian diikuti Kedah dengan peratusan keluar mengundi sebanyak 49 peratus dan Pulau Pinang, 46 peratus. Sementara Negeri Sembilan pula mencatatkan 42 peratus pengundi keluar mengundi dan Kelantan adalah paling rendah iaitu 40 peratus.

Terdahulu, sejam pertama pusat pengundian dibuka, pada pukul 9 pagi, keenam-enam negeri mencatatkan peratusan keluar mengundi antara lapan hingga 10 peratus.

Bagaimanapun, hanya Terengganu yang dilihat merekodkan peningkatan keluar mengundi yang signifikan dalam tempoh tiga jam iaitu naik sehingga 33 peratus dandiikuti Kedah (32 peratus).

Negeri lain masing-masing mencatatkan peratusan kurang daripada 30 iaitu antara 26 hingga 29 peratus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya