Jangan undi ikut emosi, pastikan kestabilan politik, ekonomi negeri

Jangan undi ikut emosi, pastikan kestabilan politik, ekonomi negeri

PENGUNDI harus bijak memilih calon yang benar-benar layak untuk memimpin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Seramai 9.67 juta pe­ngundi yang layak menunaikan tanggungjawab dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) membabitkan enam negeri hari ini perlu menterjemahkan undi bukan mengikut emosi dalam memilih calon yang benar-benar layak untuk memimpin.

Lebih separuh daripada jum­lah pengundi itu difahamkan merupakan belia di bawah umur 39 tahun dengan 661,905 pengundi berumur antara 18-20 tahun serta 2.16 juta pengundi berumur 21-29 tahun dan sebanyak 2.16 juta pula berumur antara 30-39 tahun.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pemerhati politik yang juga pensyarah kanan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Perlis, Dr. Shamshul Anaz Kassim berkata, para pe­ngundi perlu menggunakan peluang tersebut memilih pemimpin yang benar-benar layak, baik, amanah, bertanggungjawab dan berwibawa dalam memimpin negeri-negeri tersebut.

Katanya, hal demikian pen­ting bagi membawa kepada kestabilan politik dan ekonomi, sekali gus memakmurkan sebu­ah negeri dan memberi kese­le­saan kepada rakyat.

“Kebiasaan, rata-rata rakyat gemar cakap-cakap politik di kedai-kedai kopi dan media sosial namun ada yang hanya bercakap sahaja namun tidak di­terjemahkan dalam kertas undi. Ini amat merugikan rakyat, ne­geri dan negara.

“Sebagai rakyat yang layak mengundi, tolong terjemahkan melalui hati dan bukan emosi di kertas undi agar dapat memilih calon yang benar-benar layak untuk memimpin,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, terdapat juga desas-desus kemungkinan ada rakyat yang layak mengundi tidak mahu mengundi atau ada niat untuk merosakkan undi.

Katanya, antara faktor me­reka tidak mahu mengundi ter­sebut berkemungkinan dise­bab­kan letih dengan sikap parti-parti yang bertanding kerana tiada perubahan yang di­bawa kepada rakyat selain bahan-bahan kempen yang berbaur hasutan, tuduh menuduh yang tidak mendatang­kan hasil pada rakyat.

Ujarnya, kebanyakan bahan kempen dihidangkan kepada rakyat dengan ayat-ayat sandiwara, janji-janji kosong dan tiada hasil selepas kempen

“Sebenarnya adalah menjadi kerugian jika peratusan me­ngundi rendah. Justeru, bagi me­ningkatkan pengundian, ke­rajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga perlu aktif da­lam meningkatkan kesedaran ke­pada rakyat.

“Kerajaan juga boleh mewa­jibkan semua lapisan rakyat yang layak mengundi wajib me­ngundi. Jika tidak mengundi, boleh di­kenakan denda seper­ti yang di­praktikkan oleh Singa­pu­ra dan beberapa negara dunia yang lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×