Hasnul bawa ibu mengundi di SK Seri Lanang - Utusan Malaysia

Hasnul bawa ibu mengundi di SK Seri Lanang

Hasnul
HASNUL Baharuddin menolak kerusi roda yang dinaiki ibunya ke pusat pengundian di SK Lanang, Morib di Kuala Langat, Selangor, pagi tadi. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) N.53 Morib daripada Pakatan Harapan (PH), Hasnul Baharuddin membawa ibunya, Zaleha Ishak, 75, untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Lanang pukul 8.30 pagi ini.

Terdahulu bekas Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor itu mengundi di SK Kanchong Darat pukul 9.30 pagi tadi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri ini.

Hasnul yang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan itu selama dua penggal di Morib ditentang oleh calon daripada Parti Perikatan Nasional (PN), Rosnizan Ahmad.

Terdahulu, beliau memenangi kerusi Morib pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)  dengan meraih 11,000 undi ketika menentang Rozana Kamarulzaman daripada BN yang mendapat 8,883 undi manakala calon parti Pas, Mohammad Sallehuddin Hafiz memperolehi 7,329 undi.

Pertembungan tiga penjuru ini merekodkan majoriti diperolehi Hasnul sebanyak 2,117.

Hasnul dahulunya merupakan ahli Pas ketika bertanding pada PRU Ke-13 namun pada PRU14, beliau memilih menyertai parti Amanah UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya