ALOR SETAR: UMNO menyifatkan tindakan bekas pemimpin yang sering kali mencampuri urusan parti itu termasuk mengeluarkan kenyataan menyentuh perkara dalaman parti sebagai gila talak. Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, agak pelik bagi pemimpin terbabit membuat kenyataan tidak munasabah berkaitan parti lain semata-mata untuk mempengaruhi ahlinya menyokong mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ketika ini. “Mungkinlah dia nak masuk balik UMNO, dia cakap macam itu. Bagi saya…