PRN: Pas sifatkan DAP 'ketakutan' di Pulau Pinang

PRN: Pas sifatkan DAP ‘ketakutan’ di Pulau Pinang

PRN
MOHD. YUSNI MAT PIAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Pas Pulau Pinang menyifatkan DAP sedang berada dalam ketakutan di negeri itu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Timbalan Pesuruhjaya 3 Pas negeri, Mohd. Yusni Mat Piah berkata, daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang, sebanyak 26 daripadanya adalah kerusi campuran dengan orang Melayu sebagai bukan majoriti pengundi.

Jelasnya, baki 14 DUN lagi ialah kerusi Melayu yang mempunyai sekurang-kurangnya 60 peratus pengundi Melayu.

“Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Pulau Pinang menyaksikan kerusi Melayu beralih kepada Perikatan Nasional (PN).

“PN juga merampas Parlimen Kepala Batas dan Parlimen Tasek Gelugor daripada Barisan Nasional (BN) dan mengalahkan Pakatan Harapan (PH) di kerusi Permatang Pauh yang sinonim dengan keluarga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Kenyataan beliau itu dikongsi menerusi laman sosial Facebook milik Pesuruhjaya Pas negeri, Muhammad Fauzi Yusoff hari ini.

Menurut beliau, data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan PN memenangi bahagian terbesar sokongan daripada pengundi kali pertama pada PRU-15.

Sementata itu, tambahnya, PH pula kehilangan undi secara keseluruhan berbanding prestasi mereka pada PRU-14, manakala BN juga menyaksikan pengurangan undi.

“Peralihan undi rakyat kepada PN ini menjadi kegusaran PH-BN sehingga DAP terpaksa memainkan sentimen 3R (raja, kaum, agama) bagi meraih undi.

“Insya-Allah, PN akan kuasai hampir 20 kerusi di Pulau Pinang dalam PRN ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×