PRN: Bertanding atau tidak, Nurul Izzah tetap turun berkempen - Utusan Malaysia

PRN: Bertanding atau tidak, Nurul Izzah tetap turun berkempen

NURUL IZZAH Anwar ketika berucap pada program Jelajah Madani Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya, Pulau Pinang malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

SEBERANG PERAI: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dilihat masih berteka-teki sama ada akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri ini akan datang.

Beliau bagaimanapun mengesahkan akan turun berkempen bagi memastikan kemenangan kekal berpihak kepada Pakatan Harapan (PH).

“Saya disoal adakah saya akan bertanding dalam PRN?

“Saya kata saya sahkan akan berkempen dalam PRN akan datang dan kita semua akan berkempen bersama-sama.

“Yang bertanding atau yang tidak, kita ada calon daripada PH, UMNO dan Barisan Nasional (BN), malah kita akan gerakkan kempen, tapi calon tak boleh banyak nama,” katanya.

Beliau berucap pada program Jelajah Madani Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya, di sini malam tadi.

Terdahulu, terdapat desas-desus Nurul Izzah akan kembali ke arena politik dengan bertanding di DUN Seberang Jaya iaitu salah satu DUN di bawah Parlimen Permatang Pauh selain DUN Permatang Pasir dan Penanti.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Nurul Izzah tewas kepada Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan yang menang dengan majoriti 5,272 undi.

Nurul Izzah sebelum ini mengekalkan penguasaan PKR di Parlimen Permatang Pauh sejak 1998 apabila memenangi PRU-14 dengan majoriti 15,668 undi.

Kerusi terbabit sebelum itu disandang sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim atau isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sejak tahun 1982. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya