Ibu resah, anak dirotan guru besar kini trauma, jadi pendiam

Ibu resah, anak kena rotan guru besar kini trauma, jadi pendiam

rotan
A. SARASWATHY menunjukkan semula cara anaknya dirotan oleh seorang guru besar di sebuah sekolah di Jementah, Segamat, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Murid lelaki tahun lima yang didakwa dirotan oleh seorang guru besar sehingga luka pada leher dan muka di­dakwa mengalami trauma dan berubah menjadi pendiam serta kurang selera makan.

Menurut ibunya, A. Saraswathy, 41, anak bongsu daripada tiga beradik itu juga kini sering ketakutan dan tidak mahu pergi ke sekolah.

“Saya bimbang melihat kea­daan dia selepas kejadian Selasa lalu.

“Kebiasaannya dia seorang yang ceria. Saya telah berjumpa pihak pentadbiran sekolah dan memaklumkan situasi terkini atas apa yang berlaku terhadap anak,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Walau bagaimanapun, dia ti­dak berhasrat memindahkan anak­nya ke sekolah lain tetapi berharap pihak pentadbiran dapat mempertimbangkan sesuatu, antaranya menukar guru ber­kenaan ke sekolah lain.

“Sebagai ibu, saya tidak kisah jika anak dirotan atau apa sahaja asalkan tidak keterlaluan untuk mendidik demi kebaikan murid.

“Tindakan guru wanita itu di­percayai merotan anak saya de­ngan menggunakan dua rotan sukar diterima apabila memikirkan risiko dialami anak saya kini yang mengadu sukar menelan makanan dan air liur kerana bahagian lehernya yang cedera terkena rotan,” katanya.

Semalam, media melaporkan seorang murid lelaki tahun lima cedera di beberapa bahagian badan termasuk leher dan muka didakwa dirotan seorang guru besar di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Jementah.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah memaklumkan, kes ter­sebut disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN