Empat ejen ah long dicekup masa kutip hutang

Empat ejen ah long dicekup masa kutip hutang

MUHAMAD Zaki Harun (kiri ) menunjukkan sebahagian kad bank yang dirampas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini. UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Empat suspek termasuk dua wanita yang merupakan ejen pinjaman wang tanpa lesen atau ah long dicekup semasa menunggu bayaran daripada penghutang mereka di sebuah bank di sini hari ini.

Keempat-empat suspek berusia dalam lingkungan 19 hingga 35 tahun itu ditahan kira-kira pukul 7.30 pagi tadi semasa polis menjalankan operasi dan pemerhatian di bank tersebut.

Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, bertindak atas aduan dan risikan, seramai enam anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan telah menjalankan Op Vulture di sekitar bandar Kota Bharu.

Menurutnya, anggota polis melihat dua lelaki dan dua wanita berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan sebuah bank sebelum terus bertindak menahan mereka.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, keempat-empat suspek disyaki menjalankan kegiatan pemberi pinjaman wang tanpa lesen.

“Mereka juga didapati sedant menunggu di kawasan bank itu sementara penghutang mengeluarkan wang untuk membayar pinjaman pada hari gaji,” katanya pada sidang akhbar di IPK Kelantan di sini, hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, polis turut merampas pelbagai kad bank, telefon bimbit, kad sim, penyata bank, resit transaksi, borang kebenaran mendapatkan maklumat Agensi pelapor kredit, CTOS dan wang tunai.

Katanya, polis sentiasa melaksanakan pemantuan di kawasan bank bagi mengenal pasti dan membanteras kegiatan ah long di kawasan tersebut.

“Tindakan tegas dijalankan kepada pihak yang cuba membantu atau menjadi ejen kepada sindiket ah long,”

“Kes disiasat mengikut Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjaman Wang Tanpa Lesen 1951,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya