Polis Kelantan keluarkan 379 notis saman sepanjang OP Khas Perdagangan

Polis Kelantan keluarkan 379 notis saman sepanjang OP Khas Perdagangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis Kelantan 379 notis saman ke atas kenderaan perdagangan yang melakukan pelbagai kesalahan menerusi Op Khas Perdagangan di seluruh negeri yang bermula 22 September 2023 hingga 8 Oktober lalu.

Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, sepanjang tempoh 17 hari itu sebanyak 2,624 kenderaan yang terdiri daripada lori dan bas telah diperiksa menerusi operasi itu.

“Lori adalah kenderaan yang paling banyak diperiksa iaitu 635 buah dan sebelihnya adalah bas. Sepanjang operasi tu, kesalahan melibatkan tiada insuran kenderaan merekodkan jumlah tertinggi iaitu 45, diikuti Lesen Kenderaan Malaysia (LKM) tamat tempoh (43) dan nombor pendaftaran (35 saman).

“Operasi itu bertujuan memastikan peraturan jalan raya dipatuhi oleh pihak-pihak yang terlibat ekoran kerap kali berlakunya kes kemalangan dan tragedi yang melibatkan kenderaan perdagangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, selain itu pihaknya turut menjalankan Op Khas Warganegara Asing yang bermula 3 hingga 16 Oktober lalu.

Katanya, sepanjang tempoh itu 51 notis saman telah dikeluarkan kepada warga asing atas pelbagai kesalahan.

“Ia melibatkan kesalahan seperti tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, tiada perlindungan insuran, nombor pendaftaran, topi keledar, alat komunikasi, tidak memakai tali pinggang, tiada cermin sisi dan aksesori tidak sempurna.

“Pada masa sama, kita turut menyita 17 buah kenderaan yang terdiri daripada motosikal dan kereta digunakan oleh warga asing,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya