Ahli Pas diingat tidak terpesona kekuatan parti - Utusan Malaysia

Ahli Pas diingat tidak terpesona kekuatan parti

AHMAD Samsuri Mokhtar menyampaikan ceramah pada majlis ceramah mega pengenalan calon PRK Parlimen Kuala Terengganu dan PRN di Kuala Ibai, Kuala Terengganu, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengingatkan penyokong dan ahli Pas tidak terpesona dengan kekuatan parti sendiri hingga memandang rendah kemampuan lawan pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.

Beliau berkata, walaupun pihak lawan dilihat seolah-olah tidak begitu ghairah berkempen, ia tidak boleh dijadikan ukuran untuk ahli dan penyokong Pas berasa selesa sepanjang kempen ini.

“Contohnya pada waktu penamaan calon, di DUN (Dewan Undangan Negeri) Ru Rendang, penyokong dan ahli lawan tak ramai pun, katakanlah 40 orang sahaja yang hadir.

“Namun, jangan terpesona dengan kekuatan kita sehingga lena, jangan tertipu dengan kelemahan lawan kita.

“Kita rasa lawan kita lemah, tutup bilik gerakan, tak buat ceramah, tak buat kempen rumah ke rumah, namun jangan kita tertipu, kita terus buat kerja kita, atasi kelemahan kita untuk dekati pengundi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis ceramah mega pengenalan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu dan PRN di Kuala Ibai, di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Ahmad Samsuri memberitahu, matlamat Pas kali ini ialah untuk memenangi kesemua 32 kerusi DUN dan menawan semula PRK Kuala Terengganu.

“Kalau dulu, kita tak pernah ada matlamat 32-0 tapi kali ini kita rasakan matlamat itu tak mustahil tercapai, kita tengok masa Pilihan Raya Umum Ke-15 dulu, ia adalah munasabah dan boleh dicapai.

“Yang penting, dekati hati penyokong dan akar umbi walaupun parti berlainan kerana mereka juga sudah bosan dengan pucuk pimpinan tertinggi.

“Yakinkan mereka bahawa muafakat politik kita (Perikatan Nasional) adalah lebih stabil dan terbukti di Kedah, Terengganu serta Pahang. Teruskan usaha hingga ke garisan penamat 5 petang 12 Ogos nanti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya