Tujuh individu ditahan bantu siasatan kes bunuh warga asing

Tujuh individu ditahan bantu siasatan kes bunuh warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cemburu dipercayai menjadi punca seorang lelaki warga asing menikam kekasihnya sebanyak 18 kali selain mengelar mangsa di sebuah kondominium sekitar Kelana Jaya, di sini pada 2 Jun lalu.

Dalam kejadian sekitar pukul 4 hingga 6 petang itu, mangsa berusia 40-an dikatakan dibunuh suspek selepas berang kerana mengesyakinya mempunyai hubungan sulit bersama seorang lagi rakan senegara mereka yang tinggal di rumah sewa sama.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, perbuatan suspek terbongkar apabila ditahan polis bantuan di stesen Express Rail Link (ERL) Salak Selatan selepas dipercayai cuba membunuh diri dengan cara baring di landasan kereta api tetapi gagal pada 3 Jun lalu.

“Selepas ditahan, suspek berusia 30-an mengaku melakukan pembunuhan. Suspek membawa polis ke lokasi kejadian dan menemukan mangsa sudah meninggal dunia.

“Siasatan mendapati mangsa yang berusia 40-an sudah berkahwin dan mempunyai anak di kampung adalah rakan senegara suspek,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini hari ini.

Difahamkan, suspek cuba membunuh diri di landasan ERL namun hanya mampu melihat tren terbabit berlalu pergi kerana terbaring di landasan yang salah.

Mohamad Fakhrudin berkata, pemeriksaan di lokasi kejadian turut menemukan sebilah pisau pemotong buah dipercayai digunakan oleh suspek yang bekerja di kedai makan di daerah ini.

“Suspek dipercayai mempunyai masalah panas baran. Ketika kejadian, suspek tidak berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol.

“Dia kemudian melarikan diri selepas membunuh mangsa yang bekerja di sebuah salon di pusat beli-belah,” ujarnya.

Jelasnya, pemeriksaan mendapati suspek dan mangsa terbabit masuk menggunakan visa pelancong yang masih sah sejak tiga bulan lalu.

“Kita turut menahan enam lelaki warga asing, seorang lelaki tempatan dan seorang wanita asing yang tinggal di rumah sewa berkenaan bagi membantu siasatan.

“Kesemua suspek direman tujuh hari bermula 4 Jun bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya