Tambahan RM2 juta insentif nelayan, petani bukan gula-gula PRN - Utusan Malaysia

Tambahan RM2 juta insentif nelayan, petani bukan gula-gula PRN

Pertanian Selangor
IZHAM Hashim (kiri) menyampaikan mok cek kepada seorang penerima insentif pertanian di Seksyen 15, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim menafikan peningkatan insentif pertanian RM2 juta sebagai ‘gula-gula’ kerajaan negeri bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menurutnya, insentif tersebut ditingkatkan sekali ganda bagi membantu menampung keperluan golongan petani dan nelayan negeri ini yang sebelum ini diberikan setiap tahun.

“Kerajaan negeri tetap memberi bantuan dan insentif kepada petani dan nelayan bukan sahaja tahun lepas dan tahun ini tetapi semasa pandemik Covid-19 melanda.

“Insentif pertanian ini bukanlah kerana PRN bakal tiba tetapi kerana kita prihatin dengan nasib rakyat yang memerlukan.Ini belum lagi peruntukan bantuan benih padi sebanyak RM8.9 juta kepada pesawah,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Insentif Pertanian Negeri Selangor di Laman Kohijrah Seksyen 15 hari ini.

Sebelum itu, beliau mengumumkan tambahan RM2 juta menjadi RM4 juta bantuan insentif kepada golongan tersebut.

Izhar menambah, bantuan yang disalurkan diharapkan dapat memberdaya golongan petani dan nelayan untuk meningkatkan sosio-ekonomi mereka dalam industri asas tani.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas mengenai cadangan Kerajaan Persekutuan untuk menghasilkan padi lima musim dalam tempoh dua tahun dan memaklumkan cadangan tersebut boleh dilakukan di kawasan sawah padi Sekinchan.

“Kita boleh melakukan penanaman padi lima musim di tempat yang sesuai seperti di  Sekinchan tetapi ada beberapa perkara yang perlu ditambah baik sebelum ia boleh dilakukan.

Untuk ia dilakukan sistem  pengairan dan perparitan perlu dipertingkatkan kerana kita menghadapi masalah air (untuk tanaman lima musim dilaksanakan),” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya