Sindiket dadah ‘pesan dan hantar’ dibongkar polis

Sindiket dadah ‘pesan dan hantar’ dibongkar polis

SHUHAILY MOHD. ZAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis membongkar sindiket pengedaran dadah menggunakan modus operandi ‘pesan dan hantar’ yang didalangi seorang wanita di sekitar ibu negara.

Kegiatan wanita berusia 45 tahun yang juga ibu kepada dua orang anak itu berakhir selepas diberkas di sebuah rumah di Nusajaya, Johor, Khamis lalu selepas polis menahan dua lelaki berusia 30 dan 40 tahun di tempat letak kereta di Jalam Cemur, di sini, pada hari sama.

Ketiga-tiga mereka ditahan dalam serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dengan kerjasama JSJN IPK Johor dalam operasi khas bermula 2 petang hingga 11.30 malam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Shuhaily Mohd. Zain berkata, sindiket pengedaran dadah ini dikesan bergerak aktif sejak sebulan lalu dan menjadikan Kuala Lumpur sebagai kawasan pengedaran dadah kepada pelanggan.

Katanya, modus operandi sindiket ini adalah membuat penghantaran dadah kepada pelanggan dengan menggunakan kenderaan setelah mendapat pesanan daripada pelanggan.

“Dalam serbuan pertama polis menahan dua lelaki terbabit dan merampas ganja seberat 52 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM160,000 dalam sebuah kereta jenis Perodua Beza selain merampas sebuah kereta jenis Honda HR-V dan wang tunai RM485.

“Susulan ke atas maklumat serbuan itu, polis kemudian melakukan serbuan kedua di sebuah rumah di Nusajaya, Johor, sebelum menahan wanita terbabit yang juga seorang ahli perniagaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, siasatan mendapati dua lelaki yang ditahan itu bertindak sebagai penghantar manakala suspek wanita terbabit adalah perancang utama kumpulan ini dan menjadikan aktiviti pengedaran dadah sebagai punca pendapatan utama.

Jelasnya, kedua-dua suspek terbabit direman selama tujuh hari sehingga 9 Jun ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

“Orang ramai boleh menyalurkan terus sebarang maklumat berkaitan dadah dengan menghubungi Hotline JSJN melalui aplikasi Whatsapp di talian 012-2087222 (24 jam),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya