Rozman Isli lepas, bebas pertuduhan salah guna kedudukan

Rozman Isli lepas, bebas pertuduhan salah guna kedudukan

ROZMAN ISLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi memutuskan untuk melepas dan membebaskan bekas Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli daripada pertuduhan menggunakan kedudukan untuk mendapatkan kontrak bagi sebuah syarikat yang mana bapa dan adiknya mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut.

Hakim Rozina Ayob memutuskan selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie dalam kes tersebut.

Ketika membacakan penghakiman ringkasnya, mahkamah mendapati tiada bukti menunjukkan bahawa Rozman membuat keputusan sendiri dalam melantik Labuan Liberty Port Management Sdn. Bhd. (LLPM) sebaliknya keputusan dibuat secara kolektif.

Tambah hakim itu, tiada sebarang bukti yang menunjukkan Rozman mengetuai mesyuarat dalam pelantikan tersebut.

“Oleh itu, kamu dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri. Pasport dan wang jaminan dilepaskan,” kata Rozina.

Pada 14 Oktober 2021, Rozman, 59, didakwa menggunakan kedudukan sebagai Timbalan Pengerusi LPL untuk mendapatkan kontrak bagi syarikat LLPM yang mana bapa dan adiknya didakwa mempunyai kepentingan dalam syarikat itu.

Tertuduh yang juga bekas Ketua Whip Parti Warisan (Warisan) didakwa melakukan perbuatan itu di antara pukul 2.30 petang dan 5.30 petang, 21 Mac 2018 di Bilik Mesyuarat Timbalan Ketua Setiausaha, Aras 9, Kementerian Pengangkutan, Jalan Tun Hussein, Presint 4, Putrajaya.

Rozman didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda suapan atau RM10,000 atau mana lebih tinggi jika sabit kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya