Ramai lepasan SPM enggan sambung belajar membimbangkan

Ramai lepasan SPM enggan sambung belajar membimbangkan

MOHD. Hisamudin Yahaya (dua kanan) menyerahkan sumbangan jersey kepada pasukan bola sepak sekolah selepas merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Putrajaya Presint 17 (1) Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kajian yang menunjukkan hampir separuh daripada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 enggan melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi adalah satu angka yang membimbangkan.

Ahli Dewan Negara, Datuk Mohd. Hisamudin Yahaya berkata, malah, kajian turut mendapati ramai antara lepasan SPM memilih untuk bekerja sama ada dalam pekerjaan konvensional atau menceburi bidang ekonomi gig.

Menurut beliau, ekonomi gig adalah satu trend sistem pasaran bebas yang memberi kebebasan kepada organisasi dan pekerja untuk menjalani kontrak kerja suka sama suka tanpa perlu mengajikan pekerja sepenuh masa.

“Senario ini amat membimbangkan sehingga menimbulkan kegusaran kepada kerajaan, KPM serta dunia akademik.

“Pelbagai teori dikemukakan cendekiawan, pakar pendidikan dan pensyarah mengapa fenomena membimbangkan itu berlaku, antaranya dikaitkan dengan kemunculan ekonomi gig, impak pasca pandemik menyebabkan banyak keluarga terjejas sumber pendapatan dan sikap lepasan SPM itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 17 (1), di sini hari ini.

Pada majlis itu beliau turut menyerahkan sumbangan wang tunai dan set persalinan jersey bagi pasukan bola sepak sekolah berkenaan.

Mohd. Hisamudin yang juga Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Bahagian Putrajaya memberitahu, pihaknya sedang merancang untuk mengadakan Karnival Pendidikan dan Kerjaya di Wilayah Persekutuan ini pada masa akan datang.

Katanya, ia bertujuan memberikan maklumat pembelajaran dan kemahiran yang terkini kepada rakyat di Putrajaya khususnya.

“Harapan saya agar ibubapa di Putrajaya akan dapat membawa anak-anak mereka ke situ untuk menerokai banyak pilihan untuk melanjutkan pengajian selepas SPM.

“Jangan sesekali kita berputus asa daripada terus menyumbang kepakaran yang kita miliki hanya untuk kecemerlangan anak-anak kita juga pada satu hari nanti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya