PRN, hubungan dengan DAP antara topik hangat PAU 2023

PRN, hubungan dengan DAP antara topik hangat PAU 2023

MOHAMAD Hasan calon paling sesuai untuk menggantikan Ahmad Zahid Hamidi 'selamatkan' UMNO.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PILIHAN Raya Negeri (PRN) dan hubungan dengan parti-parti Kerajaan Perpaduan termasuk DAP merupakan antara topik hangat bakal disentuh dalam Perhimpunan Agung UMNO 2023 yang bermula semalam sehingga Sabtu ini.

Ketika perhimpunan 2022 tertangguh yang diadakan pada Januari lalu, pembersihan ahli yang mengkhianati parti dan usul jawatan Presiden serta Timbalan Presiden tidak dipertandingkan merupakan tajuk hangat dalam kalangan perwakilan.

Sebaliknya pula kali ini, pemilihan sudah pun selesai manakala sebelum ini UMNO mengambil keputusan berani menggantung dan membuang beberapa pemimpin itu, maka isu kesetiaan tidak seharusnya berlaku.

Apatah pula perhimpunan kali ini adalah pertama selepas pemilihan UMNO iaitu menyaksikan perubahan tampuk kepimpinan termasuk jawatan Naib Presiden dan Majlis Tertinggi serta ketua-ketua bahagian di seluruh negara.

Justeru itu, timbul persoalan adakah Perhimpunan Agung UMNO 2023 yang sedang berlangsung kini ibarat ‘rumah sudah siap, pahat masih berbunyi’ selepas pemilihan di samping pembersihan total bekas pemimpin-pemimpin UMNO?

Meskipun sudah tiba bulan berlalu, namun, soal perpaduan dan kesetiaan dalam kalangan pemimpin dan ahli UMNO masih terus diperkatakan menjelang PRN yang bakal berlangsung dalam tempoh sebulan dua lagi.

Di tambah pula, tindakan mengundang pemimpin parti Kerajaan Perpaduan khususnya DAP ke Perasmian Perhimpunan Agung UMNO pada Jumaat ini dikatakan mengundang ketidakpuasan di dalam kalangan akar umbi.

Malah, pada sebelum ini, pemimpin DAP ‘terlepas masuk’ ke Dewan Merdeka ketika Konvensyen Parti Kerajaan Perpaduan baru-baru ini yang menjadi lokasi Perhimpunan Agung UMNO setiap tahun, juga menjadi titik perbualan hangat dalam kalangan ahli dan penyokong iaitu ‘apakah UMNO mahu sebenarnya?’.

Malah, isu cadangan meminta ahli UMNO menyokong DAP pada PRN itu juga menambah kegusaran ahli-ahli UMNO meskipun perkara tersebut telah diberikan penjelasan di peringkat kepimpinan pusat parti.

Oleh itu, Perhimpunan Agung UMNO 2023 yang dibuka tirai semalam sewajarnya menjadi titik permulaan untuk menyelesaikan isu-isu dalaman sebelum PRN tidak lagi apatah lagi, gerak kerja pilihan raya bergantung penuh kepada jentera di peringkat bahagian dan cawangan.

Maka kira-kira 6,300 perwakilan dari seluruh negara termasuk Sabah akan berhimpun sekali lagi di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) untuk menyentuh isu-isu disebutkan di atas.

Untuk makluman, perhimpunan telah dimulakan dengan taklimat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Merdeka, WTC pada pukul 2.30 petang semalam.

Kemudian pada 8 malam pula perasmian Perhimpunan Agung tiga sayap iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka Aras 4, 5, 6 WTC oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Acara kemuncak perhimpunan ialah pada Jumaat iaitu menaikkan bendera UMNO ‘Sang Saka Bangsa’ dan diikuti ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Hari terakhir iaitu Sabtu ini, persidangan bermula 8.30 pagi dengan perbahasan usul ucapan dasar Presiden dan perhimpunan dijangka berakhir kira-kira 5 petang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×