Polis Evo 3 raih kutipan RM25 juta dalam tempoh seminggu

Polis Evo 3 raih kutipan RM25 juta dalam tempoh seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Filem Polis Evo 3 berjaya mengutip RM25 juta dalam tempoh tujuh hari tayangan sekali gus berjaya mengatasi kutipan pecah panggung francais filem terdahulu.

Untuk rekod, filem Polis Evo 2 berjaya meraih RM23 juta dalam tempoh 44 hari tayangan serta Polis Evo yang mula menjengah pawagam pada 2015 mencatat rekod sebagai filem tempatan pertama menembusi kutipan pecah panggung melebihi RM18 juta.

Penerbit Eksekutif Polis Evo 3, Raja Jastina Raja Arshad berkata, momentum positif itu ternyata memperlihatkan prestasi yang lebih pantas dalam tempoh seminggu ditayangkan.

“Kami juga menerima maklum balas penonton yang sanggup menonton filem itu semula di pawagam. Kejayaan ini tidak akan terhasil tanpa sokongan anda.

“Kami akan terus fokus dalam memantapkan aktiviti pemasaran agar filem Polis Evo 3 dapat dinikmati oleh penonton dari pelbagai latar, kerana kami percaya filem ini menepati cita rasa penonton Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Filem arahan Syafiq Yusof ini menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi.

Polis Evo 3 mengisahkan Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi baharu dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza.

Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya