Kerjasama PRN: DAP hanya dengar komitmen Pengerusi BN

Kerjasama PRN: DAP hanya dengar komitmen Pengerusi BN

ANTHONY Loke bersama dengan wakil sekolah memandu selepas Mesyuarat Agung Tahunan Ke-3 Persatuan Pengusaha Pusat Latihan Memandu Malaysia di Putrajaya, semalam. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: DAP hanya mengambil kira komitmen dan pandangan kerjasama daripada Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Setiausaha Agungnya, Anthony Loke berkata, pihaknya tidak mengambil kira pandangan selain daripada pemimpin tertinggi parti itu.

“Saya dengar komitmen daripada Ahmad Zahid sudah cukup baik, jadi pandangan lain kita tidak ambil kira,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan

Mesyuarat Agung Tahunan Ke-3, Persatuan Pengusaha Pusat Latihan Memandu Malaysia di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pemuda MCA, Daniel Wa yang menggesa MCA tidak terlibat dalam PRN bagi memberi pengajaran kepada calon BN yang kini angkuh selepas ‘berkawan’ dengan DAP.

Wa dilaporkan berkata, gesaan itu dibuat susulan kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam yang menggelar MCA dan MIC sebagai ‘biawak hidup’ kerana tidak menyumbang kepada prestasi BN pada pilihan raya lalu.

Sementara itu, Loke berkata, beliau tidak mahu mengulas lanjut mengenai kenyataan Setiausaha Agung Pemuda MCA itu.

“Itu pemuda MCA sahaja dan mereka bukan mewakili BN pun,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×