KDN siap siaga pastikan kelancaran PRN - Utusan Malaysia

KDN siap siaga pastikan kelancaran PRN

SHAMSUL Anuar (dua, kiri) melakukan gimik perasmian penutup Karnival Kita Madani di Seberang Takir, Kuala Nerus, Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Kementerian Dalam Negeri (KDN) berada dalam keadaan siap siaga memastikan kelancaran Pilihan Raya Negeri di enam negeri tidak lama lagi.

Timbalan Menteri KDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, agensi penguat kuasa di bawah kementeriannya telah mengenal pasti lokasi panas di enam negeri terbabit.

“Agensi dan jabatan di bawah KDN khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah buat persiapan, mempunyai pengalaman lama (kawal) pilihan raya.

“Kta yakin keupayaan memastikan PRN berjalan lancar tanpa sebarang insiden,” katanya selepas menutup Karnival Kita Madani 2023 di pekarangan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, di sini, hari ini.

Dua hari lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata, seramai 40,000 anggota dan pegawai PDRM akan ditugaskan di enam negeri terbabit PRN.

Ia melibatkan anggota dan pegawai di negeri terbabit iaitu Kelantan, Kedah, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan serta bantuan dari kontinjen negeri lain.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, sebelum ini turut dilaporkan berkata, terdapat 190 lokasi dikategori sebagai kawasan panas dengan Selangor tertinggi sebanyak 70 lokasi.

Ia diikuti 66 lokasi di Terengganu, 20 di Kedah, masing-masing 16 di Negeri Sembilan dan Kelantan serta dua di Pulau Pinang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya