DAP tiada dasar halang calon tanding dua kerusi - Utusan Malaysia

DAP tiada dasar halang calon tanding dua kerusi

CHOW Kon Yeow (tengah) ketika menyerahkan bantuan kewangan kepada Persatuan Penjual-Penjual Akhbar dan Buku dan Persatuan Pekebun Sayur Pulau Pinang di George Town, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: DAP tidak mempunyai dasar tetap untuk menyekat calon-calon parti itu daripada bertanding di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam mana-mana pilihan raya.

Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow berkata, sebelum ini terdapat negeri-negeri di mana calon DAP bertanding di kedua-dua kerusi Parlimen dan DUN.

”Memang selama ini tidak ada dasar tetap berhubung perkara ini, ada negeri-negeri tertentu memang ada calon bertanding dua kerusi (Parlimen dan DUN), ini tertakluk kepada keadaan setiap negeri.

”Jadi jawatankuasa negeri boleh membuat syor (calon bertanding dua kerusi), begitu juga di Pulau Pinang,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya
sama ada calon daripada DAP akan bertanding di dua kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Kon Yeow bertanding di kedua-dua kerusi Parlimen dan DUN.

Dalam pada itu, Kon Yeow berkata,
DAP negeri juga sedang mengadakan semula temuduga dengan para penyandang daripada parti itu untuk PRN akan datang.

“Kami akan menemu ramah semua penyandang untuk mengemas kini serta mendengar pandangan penyandang kerusi daripada DAP,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai kemungkinan berlaku pertandingan lebih daripada satu kerusi dalam PRN kali ini, Kon Yeow berkata, saingan banyak penjuru di kawasan DUN pada PRN dikhuatiri akan menyebabkan ramai calon akan hilang deposit.

Kon Yeow berkata, pihaknya berpendapat persaingan satu lawan satu sewajarnya berlaku dalam PRN kali ini bagi meminimumkan situasi calon-calon berdepan dengan kehilangan deposit.

”Pada pilihan raya lepas kita melihat pertembungan banyak penjuru dan ada calon yang hilang deposit.

”Oleh itu, kami berharap pada PRN ini berlaku persaingan satu lawan satu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya