3 lelaki ditahan selepas video pergaduhan tular - Utusan Malaysia

3 lelaki ditahan selepas video pergaduhan tular

TANGKAP layar kejadian perselisihan faham berkaitan hutang di Jalan Sungai Udang, Nibong Tebal, Pulau Pinang seperti yang tular di media sosial sejak semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

SEBERANG PERAI: Seramai tiga lelaki tempatan ditahan selepas dipercayai terbabit dalam perselisihan faham berkaitan hutang di Jalan Sungai Udang, Nibong Tebal seperti dalam satu rakaman video yang tular di media sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintenden Ng Ah Thiam berkata, kejadian terbabit dikesan berlaku Isnin lalu.

“Siasatan awal mendapati mangsa berhutang dengan salah seorang suspek.

“Mangsa kemudiannya didatangi empat suspek yang menaiki kereta pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire berwarna hitam.

“Kesemua suspek cuba menarik mangsa masuk ke dalam kenderaan, namun dihalang kakak mangsa dan penduduk setempat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah beliau, pihaknya menerima dua laporan berkaitan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kita berharap orang ramai tidak menularkan rakaman video terbabit dan memberikan komen yang boleh menggugat ketenteraman awam,” katanya.

Semalam, tular di laman sosial video berdurasi 29 saat yang memaparkan seorang lelaki dikasari empat individu sekali gus menimbulkan kekecohan di kawasan terbabit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya