Tukang rumah mengaku salah rogol kekasih - Utusan Malaysia

Tukang rumah mengaku salah rogol kekasih

MUHAMMAD Syafiq Arman Mohd. Shuhaimi (tengah) yang mengaku salah merogol kekasihnya dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang tukang rumah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu di sini atas kesalahan merogol kekasihnya, dua tahun lalu.

Muhammad Syafiq Arman Mohd. Shuhaimi,19, membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman, hari ini.

Berdasarkan pertuduhan, remaja lelaki itu didakwa merogol mangsa yang ketika kejadian berumur 14 tahun tujuh bulan di kawasan semak di daerah ini.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada pertengahan April 2021 kira-kira pukul 9.30 malam.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan (KK).

Mahkamah menetapkan tarikh sebutan kes pada 25 Jun untuk fakta dan jatuh hukum sementara menunggu laporan sosial Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nurul Najmi Md. Nasir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya