Tiga cedera lori pasir rempuh kereta, treler

Tiga cedera lori pasir rempuh kereta, treler

KEADAAN di lokasi kemalangan membabitkan sebuah lori dengan treler dan kereta di Kilometer 8, Jalan Sungai Petani-Kuala Ketil di Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Tiga lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dengan treler dan kereta di Kilometer 8, Jalan Sungai Petani-Kuala Ketil di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kejadian kira-kira pukul 3 petang berlaku ketika hujan lebat dan jalan berada dalam keadaan licin. 

Beliau berkata, kemalangan berlaku apabila sebuah lori jenis Hino yang membawa muatan batu pasir sedang dipandu oleh seorang lelaki berusia 49 tahun dari arah Kuala Ketil menghala ke arah Jalan Bandar Puteri Jaya.

“Kenderaan itu telah hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan. Lori terbabit kemudian bertembung sebuah treler jenis Scania dipandu seorang lelaki berusia 23 tahun dan sebuah kereta Perodua Axia yang dipandu lelaki berusia 27 tahun.

“Impak pelanggaran yang kuat menyebabkan ketiga-tiga pemandu kenderaan yang terlibat mengalami kecederaan di kepala dan telah dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk diberi rawatan,” jelasnya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya